Friday, June 4, 2010

Melawat Muzium Shah Alam


Baru-baru ini, Nuha dan kakak Najah, kakak Nabella, adik Nurin dan Kak Shamilah pergi ke Shah Alam. Kami pergi Shah Alam kerana kebetulan mama Nuha ada urusan. Jadi Nuha pun ikut sama. Selepas papa nuha hantar mama Nuha ke tempat kerjanya, Papa Nuha bawa Nuha dan adik beradik yang lain pergi melawat muzium Shah Alam, iaitu Muzium Negeri Selangor Darul Ehsan.

Kat situ ada banyak barang lama. Antaranya yang Nuha tengok ialah askar Jepon, askar inggeris dan askar Melayu siap dengan senapang dia. Nuha juga tengok ahli sukan yang terkenal di Negeri Selangor. Ada pamiran tunjuk bermacam-macam jenis piala dan gambar-gambar lama.

Dalam Muzium ada gua. Nuha ikut masuk dalam gua. Tapi Nuha takut mahu masuk saampai dalam gua kerana nampak macam betul-betul. Papa cakap sama macam dalam cerita P Ramlee.



Nuha juga tengok rumah-rumah lama. Ada patung duduk atas rumah lama. Nuha tengok betul-betul macam yang sebenar. Nuha teringatkan rumah arwah nenek di kampung.