Thursday, December 9, 2010

yeah cuti sekolah~

assalamualaikum wbt

Pada 29hb November baru-baru ini saya bersama keluarga saya pergi ke Port Dikckson. Saya pergi kesana kerana bercuti bersama keluarga saya. Papa cakap kami akan menginap di Hotel Thistle, Port Dickson. Saya rasa sungguh gembira kerana saya akan dapat mandi di kolam yang luas, pantai yang cantik, dan yang paling penting ialah, port Dickson adalah tempat kelahiran saya. Yeah!

Saya bertolak dari rumah jam 5.30 petang menaiki kereta yang dipandu oleh mama. Sesampainya kami disana, papa saya sudah sedia menunggu kerana dia sampai lebih awal. Menurut papa, Hotel Thistle dulu dikenali sebagai Guoman Hotel. Hotel itu agak besar dan jaraknya agak jauh dari pekan Port Dickson.


Papa kemudiannya bawa saya dan keluarga naik ke bilik. bilik itu sungguh luas, selesa dan bersih. Saya sungguh seronok. papa kata kami akan menginap di situ selama 3 hari dua malam. Malam itu saya sempat berjalan-jalan melihat keindahan hotel yang disinari dengan cahaya.



Pagi esoknya saya tidak lepaskan peluang untuk mandi di kolam. Kolam itu sangat cantik, luas dan selesa. Airnya jernih dan sejuk serta bersih. Saya dan adik mandi kolam sampai rasa puas.

Pastu kami pergi mandi dan jalan-jalan dipantai. Pagi-pagi lagi saya turun untuk mengambil angin menghirup udara segar waktu subuh ditepi pantai. wah seronoknya bercuti...

Saya juga tidak lepaskan peluang mengutip kulit kerang dan rumpai laut untuk dibawa baalik ke rumah sebagai kenang-kenangan.

Pada malam akhir kami di sana, Papa telah bawa kami makan barbeque yang disediakan oleh hotel. Saya dan kakak makan sangat banyak sampai saya rasa kenyang. sekian cerita saya kali ini.

CUTI sekolah tiba lagi!

ASSALAMMUALIKUM semua~


nuha sangat gembira bila cuti sekolah telah tiba kerana Nuha boleh rehat dari pergi sekolah dan tak perlu lagi baja buku. Nuha cuma baca buku cerita, komik dan buku-buku lain saja masa cuti sekolah.

lepas tu nuha boleh pergi ke hotel kerana papa dan mama akan bawa Nuha pergi hotel.


nuha rasa sungguh seronok!..kerana dapat pergi ke hotel yang sangat best~